SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kemahiran dalam sesuatu permainan. Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan bagi menghiasi dada akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan malahan di peringkat global. Acara sukan serta kejohanan-kejohanan merupakan antara program yang sangat penting dan wajib di adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan , empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituanrumahkan oleh Malaysia seperti, SUKMA, sukan SEA, dan sukan olimpik semata-mata untuk memartabatkan sukan di mata masyarakat.
Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia yang sememangnya berwibawa dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancarkan membaggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego,atlet renang kita yang telah banyak menempah kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain memanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing. Selain itu, bagi menyedarkan generasi seterusnya supaya tidak terys hilang apabila atlet sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini haruslah membuktikan bahawa mereka mampu memperturunkan ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.
Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian keran, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan juga mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh digunakan sebagai dana untuk pembangunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing dengan negara luar. Justeru, pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih banyak memberi kesan yang posotif terhadap sesebuah negara.
No comments:
Post a Comment