Sunday, June 8, 2014

Kebaikan Sukan Kepada Negara



SUKAN merupakan satu lapangan yang merangkumi semua aktiviti kemahiran dalam sesuatu permainan. Marcapada, sukan sering menjadi keutamaan bagi menghiasi dada akhbar dan bukan saja melibatkan kejohanan tempatan malahan di peringkat global. Acara  sukan serta kejohanan-kejohanan merupakan antara program yang sangat penting  dan wajib di adakan sama ada setahun sekali, dwi-tahunan , empat tahun sekali atau sebagainya. Bertitik tolak daripada itu, pelbagai kejohanan sama ada peringkat domestik ataupun antarabangsa telah dituanrumahkan oleh Malaysia  seperti, SUKMA, sukan SEA, dan sukan olimpik semata-mata untuk memartabatkan sukan di mata masyarakat.

Seperti yang kita maklum, kita telah melahirkan atlet-atlet Malaysia  yang sememangnya berwibawa dan mampu menjadi ayam tembatan serta intan yang berkilauan dan memancarkan membaggakan pemiliknya. Kita dapat lihat hasilnya seperti Nicol Ann David, ratu skuash negara, Azizulhasni Awang, permata dalam dunia berbasikal dan Daniel Bego,atlet renang kita yang telah banyak menempah kejayaan. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi selain memanfaatkan  peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing. Selain itu, bagi menyedarkan generasi  seterusnya supaya tidak terys hilang apabila atlet sekarang bersara kelak, anak jati Malaysia ini haruslah membuktikan bahawa mereka mampu memperturunkan ilmu yang berguna supaya ia tidak luput ditelan zaman.

Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran sukan Komanwel pada tahun 1998. Hal ini sedemikian keran, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi kelebihan kepada kita. Sementelahan lagi, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan juga mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh digunakan  sebagai dana untuk pembangunan sosial dan mempertingkatkan  lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing dengan negara luar. Justeru, pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan yang lebih banyak memberi kesan yang posotif terhadap sesebuah negara.

4 Tips Kesihatan dari Nabi Muhammad SAW

1.Nabi melarang umatnya minum berdiri.Ini kerana ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapisdipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk diolah oleh badan.Air yang tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh menyebabkan penyakit batu karang. 

2.Nabi juga melarang meniup air panas. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut. Jika ditiup ke air maka CO2 itu akanlarut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid , H2CO3 (asam karbonat) yang menyebabkan penyakit jantung dan masalah perut tidak selesa.

3.Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada waktu tersebut dapat membantu membuang lemak-lemak degil dalam badan.

4.Nabi melarang makan diselang-seli dengan minum air kerana ia menyebabkan badan berangin.


Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW.Jadi ikutlah walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan  secara beristiqamah (berterusan) adalah lebik baik dari banyak tanpa istiqamah.